Wednesday, January 9, 2013

"Bukan wanita baik"


Okay, seterusnya kann.. Aku mengaku aku bukan pompuan yang baik dan aku bukanlah pompuan yang jahat.. Aku takdelah buat maksiat bagai cuma dalam konteks tak baik nih agamalah..

*****
Aku berfikirkan macam mana nak mula pakai tudung labuh kalau sembahyang pun kekadang tak cukup. Okay aku mengaku kadang2 terlepas gak solat.. Eg. kalo aku jadik zombie sehari suntuk tuh kekadang aku tido mati tak sedar diri dari pukul 3 sampai 7.. hamekk kau, lagi2 lah kalau demam ke migrain ke memang tido tak ingat dunia.. Agak2 bom atom jatuh kat sebelah pun aku tak sedar.. Tapi nak sedar celah mana, mampus dah kott.. =.='' Okay buat lawak bangang plak.. tett.. Sambung!

Lepas tuh aku fikir pulak macam manalah nak pakai tudung labuh kalau pakai tudung biasa pun aku menyampah? Serious aku cakap, aku takdelah minat mana pakai tudung nih, lantak je lah.. Cuma aku fikir aku kesian kat abah aku je. #selagi seorang anak perempuan belum menikah, dosa anak ditanggung ayahnya.. Jadi aku pun pakai tudung. Selain dpd itu, aku pakai tudung sebab aku fikir benda nih wajib, paling koman lah aku nak kurangkan dosa aku dengan tutup aurat lah kan? Takut pulak fikir rambut kena tarik, pastu otak menggelegak bagai.. eishh.. meremang.. meremang..

Lepas insaf kejap aku fikir, nak pakai purdah.. tutup muka.. lepas tuh, tersentap balik. Bila dah pakai tak boleh bukak.. Entah istiqamah, entah tidak aku nih, so in the end aku decide jangan lagilah..

Pastuh aku suka pakai seluar pendek, baju t-shirt je senang.. tak panas.. then aku terfikir balik agak2 mati nanti kena hukum, panas ke sejuk.. sentap jap.. ikutkan banyak yang aku suka buat, yang sepatutnya aku tak buat.. MashaAllah, permudahkanlah urusan hambaMu ini Ya Allah..

Aku minat benda yang pelik2.. Paling simple lah lagu rock, suka bersiul n sbgnya. Ni memang habit aku. Sedangkan dalam Quran pun ada menceritakan yang semasa syaitan dilemparkan dari syurga, dia keluar sambil bersiul2.. Dia sukakan musik, benda yang melalaikan, which aku tak boleh survive tanpa musik sehari. Serious, jem hidup!

Lepas tuh, pasal kapel nih.. Tipulah kalau aku tak pernah menggatal dalam hidup aku. Aku suka bergayut dalam tepon, sembang manja2 dengan pakwe, ke member ke, skandal ke, tapi.. tiba2 aku teringat #Diantara dua orang, ada orang ketiga. Itu yang sembang melalut sampai manja gediks tahap ultramega tuh. Dah tuh #suara wanita ialah aurat. Habis tuh aku terfikir, yang aku sembang, gelak bagai dengan dorang tuh salah dah kan? Paishehh.. banyak dosa aku! So untuk kurangkan dosa itu, aku kurangkan intonasi manja aku n cakap bila penting jee..

Lagi korang mesti suka orang belanja korang makan kan? Mestilah! Rezeki free meh? Aku pun suka, suka sangat. Tapi aku ingat mak aku pesan ke sapentah pesan, tak sure.. #sesen duit ataupun harta ataupun makanan pemberian bukan mahram adalah haram buatmu wahai anak 2Hawa. Aku tersentap, habis tuh gula2 semua tuh salah lah aku terima? Sebab tuh sampai sekarang aku bising lebih je cakap belanja! belanja makan! sedangkan aku sendiri tak berani makan. Bayangkanlah seandainya kau dah bertunang dengan seorang lelaki tuh, n tetiba batal.. Betapa belambaknya ko kena bayar balik kat dia atas makanan yang dibelanja, duit tiket wayang yang dia sponsor n so forth. Gilaaa.. Aku terfikirlah kalo tak menggatal balik, camne laki tuh nk tau aku minat dia balik? tapi Allah dah menggariskan semua tuh dah untuk kita. #jodoh adalah perhitungan Alah SWT.. lambat atau cepat je..

Lepas tuh, aku terfikir lagi.. Eh, zaman sekarang ratio laki sikit dpd pompuan kott.. punah harapan aku nak bersuami camni! kalo boleh tak mo lah suami orang.. =.='' then aku teringat #Hawa dijadikan dari tulang rusuk Adam. Kalau aku ada, mestilah sebahagian daripada aku tuh ada kat sapa2.. mamat manatah aku je tak tau. Then teringat lagi #Jodoh kita ni kekadang ada depan mata je ha, kita je yang tak nampak sebab kita sibuk mencari cinta. Mcm orang dulu2 cakap dinasor depan mata tak nampak, virus sejengka nmpk pulak.. Eh, tipulah tuh.. Dinasor mmg tak pernah nmpk kot, kan dah pupus.. pfft..

Aku terfikir lagi dari segi pemakaian aku. Tudung takdelah labuh, baju takde lah longgar, stoken mmg taklah pakai, baju siap singsing lagi.. Adehh.. Macam mana aku nak berubah jadi baik kalau benda simple macamnih pun aku tak boleh buat.. =.='' tekanan gak kn?

Finally aku nih dah laah kuat mengusha orang baik pompuan baik laki.. adehh.. #Tundukkan lah pandangan mu wahai wanita solehah dan #senyaplah tatkala kamu susah hati. #Mengadulah pada penciptaMu, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Aku terfikir, banyak dah nih dosa aku! Zina mata tak payah cakap lah, memang belambak, hari2 ada.. Zina mulut bab mengumpat nih.. Zina telinga, bab mendengar gosip dan umpatan.. Cehh..

Serious menakutkan azab untuk dosa2 kecil kita tuhh.. Nampak macam insignificant je tapi.. MashaAllah, ngeri.. Nauzubillah, mintak dijauhkan. Ragui kekuasaan Allah pun dah berdosa besar, MashaAllah.. Mintak simpang! Kuatkan lah akidah aku..

Conclusionnya, aku bukan wanita baik, mana mungkin aku dicipta untuk lelaki yang baik. =.=''
Agama aku rapuh, iman aku goyah, kesedaran aku tipis.. Cuma yang penting aku harap sesangat yang aku sempat berubah menjadi lebih baik, untuk diri aku sendiri dan keluarga aku.. Untuk suami aku dan untuk anak2 aku. Paling penting, untuk persediaan menghadap Penciptaku.

#Andaikata mati itu baik untukku, maka matikan lah ku dalam iman, Ya Rabb.. Aamiinn.. =)

No comments:

Post a Comment