Saturday, December 11, 2010

Emas Vs Kaca

Hello.. Ikutkan kejap lagi aku ada exam but terasa sangat dah ni dah post.. wuhuuu~~
~*~*~*~*~*~

Topik hari ni regarding orang photocantik dan sejuk mata memandang.
Antara emas dengan kaca yang mana jadi pilihan, mestilah emas bukan tetapi dalam kes siasatan kita hari ni ialah orang.
Kita selalu membuat simpulan orang cantik ni gedik, mengada-ngada mesti dah berpunya dan macam-macam lagi tapi sebenarnya hakikatnya mereka adalah setanding dengan orang yang "sejuk mata memandang".
Kadang-kadang orang yang sejuk mata memandang ni lah tersangat bahaya, bukan sebab dorang serial killer ke tetapi sebab mulut dorang.
orang yang sedap mata memandang ni jugalah lagi "POWER!" daripada yang si cantik.
Nak tau kenapa??
 Dorang ni kaki mengumpat, kaki gosip, kadang-kadang boyfriend berpasang-pasang dalam satu masa, lepas sorang-sorang. Tambahan lagi dorang ni sungguh lah aku cakap based on experience bab mengutuk, mencarut dan maki hamun tu memang power! KALAH POWER RANGERS!!
Jadi bagi aku pandangan orang cantik lebih teruk daripada yang kurang tuh boleh ditolak bulat-bulat.
 In reality, yang kurang cantik tu la menjadi pilihan sebab lelaki susah dapat si cantik. Cuma yang buat aku runsing "korang ni kapel clash kapel clash tak rasa macam baju ke???" No offends la, ni just statement aku.
Tertanya jugak la. Jangan pula nanti korang datang serang aku. Aku budak baru nak belajar so papepun seloww.. selowww laa..
Seterusnya mengikut statistik kajian aku orang yg kurang cantik ni lah ada boyfriend keliling pinggang.
Seriously la kan, macam mana korang cepat berubah hati ek? memanglah guna istilah move on tetapi kan macam mana dengan tahap kepercayaan korang tuh? Dia topup balik ke macam maxis ke celcom ke??
Seriously weh, bagi aku ni just pandangan jangan ada yang terus anti dengan aku pulak, dalam menjalani satu perhubungan ni dia atas dasar kejujuran, kesetiaan dan toleransi.
Mungkin korang boleh label aku kuno la sebab aku bab-bab ni memang kuno teramat, YA RABB ALHAMDULILLAH! Bila clash la katakan untuk aku terima orang baru susah sangat yang teramat sangat. Dia macam duri dalam daging. Bila kau ingin buatkan sesuatu, secara tiba-tiba terbantut tatkala tercucuk duri. Itulah bagi aku,anyway.

Jadi kesimpulannya hari ni antara si cantik dan si kurang cantik, hmm.. dua-dua sama bahaya.
Ada yang sanggup buat apa saja ingin mendapatkan apa yang dihajati.
So kaum Adam berhati-hatilah yer.
Jangan disangka emas tuh tak berbahaya, sebab banyak orang terkorban sebab emas dan jangan sangkakan kaca itu mudah pecah, sebab kacalah ramai terluka..
Sekian dari aku..

Thursday, December 9, 2010

ku katakan KATAK!!!

Ola!
Fuhh.. lama sudah kutinggalkan blog ni.. hahaha..
Sorry3!! Exam kowt nak buat macam mana yang dahulu perlulah didahulukan.. =D
Btw, today's story ttg semalam ke kelmarin.. hak3.. tak ingat..
Citer dyer macamni.. Ehemm..

~*~*~*~*~*~


Aku kat tepi tangga. Tapi tangga tu pelik sangat bentuk dia. Dahla takde penghadang pastuh ada banyak tumbuh-tumbuhan macam fern etc. Kawasan rumah tu tak macam rumah aku pun. Dahla banyak orang aku pun tak tau pasal pa. Then kat sebelah aku ada tunang aku, boleh bayangkan?

Tiba-tiba je ada sekor katak ni melompat dekat aku. Dahla warna hijau, yelah aku tahu katak memang warna hijau tapi aku tak boleh bayangkan katak melompat dekat aku. Apa lagi kedebukk!! aku pukul dia, ketuk dia, sepak dye dengan file tapi dia datang lagi kat aku. Tunang aku kat sebelah macam beng*** je aku tengok. Bukan nak tolong aku dansel in distress tapi senyum je. Hishh.. Kalo aku tau sapa kau tunang, siap la kau. Biar aku diganggu oleh katak!. hmmphh..

Nak di buat ceritala katakan aku lari la turun tangga tuh nak larikan diri daripada katak yang tak habis-habis follow aku. Lari punya lari dia still kejar. Ni la sikit sketsah yang aku ingat..

"Ko ni knapa ikut aku?"

"Tolonglah jangan tinggalkan saya. Saya sayangkan saya dah banyak berkorban untuk awak. Tolonglah jangan tinggalkan saya."

"Saya tak boleh, awak tak faham ke saya dah bertunang!"

"Tapi saya sayangkan awak. Saya banyak berkorban untuk awak. Kenapa awak buat macamni dekat saya. Saya sayang sangat dekat awak."

"Prince, tolonglah faham keadaan saya!"

Aku lari daripada katak. Kebetulan hari tu panas sangat. Katak masih setia mengejar.

"Prince tolonglah faham. Tolong jangan kejar saya lagi!"

"Saya sayangkan awak.." Dia masih setia melompat.

"Prince, panas sangat dah ni. Dahlaa.." aku pujuk dia untuk henti mengejarku. Katak kelihatan sungguh semput. Tapi aku tak paham kenapa dia masih mengejar.
Aku larikan diri jauh-jauh daripada katak sampai dia tak jumpa aku.
Yang pelik kenapa aku menangis??

"Prince... Sudahlaa.. Jangan seksa diri awak macamni."

Tapi cerita dia habis macam tuh je la sebab aku dah bangun tido..
Hahaha.. Pelik kot, first time mimpi katak! 
Selalunya mimpi ular besar pagar umah aku. Ishhh..
kecuakan! haha.. 
Tapi overall rating kalau katak membaca blog aku, aku harap kau lepaskan lah aku.
Mungkin jodoh kita hanya sebagai kawan. 
Aku sayangkan ko katak walaupun aku tak kenal kau tapi aku kan tunang orang dalam mimpi tuh la, jadi lepaskan aku yer.. 
Aku hargai sayang kau tapi mungkin aku bukan ditakdirkan buatmu. Mungkin dipasangkan kau seorang lagi yang lebih mulia daripada ku.
Yang pasti kau buat hati ku berbunga. TQ katak!
Walaupun kau Prince tapi ketahui lah bahawa aku cintakan seseorang bukan kerana rupa atau pun wang ringgit tapi aku cintakan seseorang kerana personalitinya yang menarik.
Mungkin pabila hati ini berkata ya, aku pasti tak mungkin lagi mampu dibuka untuk yang lain.



Boleh bayangkan tak cium katak ni??!!! AHHHH.. Tidakk!!!!
Anyway.....

Pengumuman!! 
Tunang aku, mana hang??! 
Aku nak lunyai-lunyai hang sebab hang biaq katak kejar aku! 
Apa punya tunang. ;p

Sekian sahaja untuk post ini.. Ngeng!! =D




AKU SUKA KATAK NI COMEY!!! =D