Thursday, November 25, 2010

mengintai dari kamar...

Hakikatnya walaupun saya bencikan awak,
saya masih rindukan awak..
Bodoh kan? Mana mungkin masih merindui seseorang yang telah melukakan hati kita?
Mungkin... Tapi itulah hakikatnya.
Kalau boleh saya nak buang awak jauh-jauh..
Macam virus, kalau boleh simpan dalam vault paling kuat.
Tapikan susah la, nanti jumpa juga awk bila cek vault nanti,
Jadi kalau boleh saya nak buang awak terus dari memory computer saya ni dengan tekan kekunci "delete" sayonara awak...
Tapikan, itu hanya lah gambar-gambar awak je..
Gambar awak senyum, awak lari, awak tengah kenakan kawan awk, awak ketawa,
Muka comel yang pernah buat saya rasa segan bila dipandang lama-lama,
Muka comel yang buat saya rasa macam orang gila tersengih sorang-sorang bila memikirikan ttg awak...
Memori awak dalam hidup saya ni, macam trojan je awak..
Awak melekat dekat setiap file saya, walaupun saya beli antivirus paling canggih..
Setiap lagu di pc saya corrupted sebab awak, tapi saya masih setia mendengarnya..
Entah kenapa, saya masih belum dapat buang awak walaupun saya dah tekan kekunci delete..

"Siapalah aku ini, untuk memintal budi..
Yang memutih, menjadi permaidani seperti mana yang tertulis dalam novel cinta,
Juga mustahil bagiku, menggapai bintang di langit,
menjadikan hantaran, syarat untuk milikimu,
Semua itu, sungguh aku tak termampu,
Silap aku juga, kerna jatuh cinta,
Insan sepertimu, seanggun bidadari,
Seharusnya aku, cerminkan diriku,
sebelum tirai kamar, aku buka untuk mengintaimu....."

Ingat tak lagu ni, lagu exists "mengintai dari kamar",
petang tu saya dapat mesej,
tengok nama awak je hati saya dah berbunga sedangkan pagi tadi saya kena marah,
Semua hilang sebab awak mesej saya,
Tapi saya pelik, awk tak pernah hantar mesej pelik-pelik macamni,
Agak-agak awak silap nombor kot,
Saya tanya awak, "amende  ni?"
Awak cakap takde pape..
Saya cakap macam kenal je.. Lagu ek?
Awak tergelak kecil, hati saya dah berbunga-bunga dengar suara awak yang comel bila awak gelak..
"entah.." awak saja je main teka-teki dengan saya.
"kenapa awak hantar dekat saya, atuk?"
"Saje je, nenek.." saya tersenyum sorang-sorang. Malulah..

Lepas mesej dengan awak, saya terfikir apa maksud awak..
Tapi sekarang saya dah faham, lagu tuh bukan ditujukan untuk saya,
tapi untuk awak... Siapalah saya ni kalau nak dibandingkan dengan awak,
Awak handsome, comel tak macam saya biasa-biasa je,
Dah la athlet tak macam saya, penyemak sekolah je,
Saya ni ibarat lalang kalau nak dibandingkan dengan awak..

Sekarang ni awak bahagia dengan si dia,
Tapi saya tak paham, kenapa awak tak boleh terima saya sebagai kawan?
Awak tau, sampai sekarang saya tak sanggup kehilangan awak,
Cukuplah sekadar kawan itu yang terbaik bagi saya,
Saya tau, saya tak layak memiliki awak, tapi hina sangat ke saya ni sampai awak tak sanggup berkawan dengan saya?
Hati saya sakit bila fikirkan benda ni, sebak..
Saya betul-betul sayangkan awak, tapi awak boleh tolak saya jauh-jauh macam apa je..
Mana janji awak pada saya?

"Lepas habis sekolah, apply uitm tau. Nanti bolehlah kita satu Uni. Setiap hari saya boleh call awak"
"Saya tak berani jamin la awak, famili saya tak kasi."
"Alasan je awak ni. Cakap je la awak tak suka saya dah. Tak payah menipu."
"betullah! Saya tak tipu. "
"Oklah pape je lah awak.. Saya nak pergi dah ni, bye."

Sejenak saya terdiam..
Alamak, awak marah kat saya. Macam mana ni?
Kemudia saya terfikir, kenapa kena tunggu masuk uitm je baru dia nak call setiap hari?
Pelik...

Sungguh, saya rasa macam orang bodoh sebab tak dapat uitm, saya tak dapat UPU pun awak..
Cubalah faham. Awak macam marah lepas tu terus tak balas mesej saya.
Saya rasa macam nak menangis, takkan semata-mata sebab saya tak dapat UPU awak menghukum saya,
awak marahkan saya? Kita still boleh contact kan?
Tak semestinya saya akan dapat Uitm satu tempat dengan awak..
Kenapa awak kejam macamni dengan saya??
Mana perginya atuk saya yang saya sayang tu? Kenapa awak jadi kejam..

Saat itu saya sedar bahawa awak dah tak suka saya.. Awak suka orang lain tapi awak diamkan diri.
Rupa-rupanya awak dah couple dengan orang lain. Kejamnya awak kerana mainkan perasaan saya.
Patutlah nak tunggu saya masuk Uitm je baru nak call saya setiap hari sebab awak tahu yang saya takkan pergi Utim.
Awak tau, yang itu adalah alasan yang kononnya paling haluslah bagi awak.
Itulah cara awak untuk minta breakup, pendek kata.
Tapi cara itulah yang paling teruk,
yang buat saya menangis sorang diri dalam bilik,
Yang buat saya rasa macam semua orang dah tak perlukan saya,
Saya rasa macam sampah...

Awak, saya bukan bodoh..
Saya boleh terima hakikat kalau awak cakap terang-terang daripada awak main spiral dengan saya.
Saya boleh terima hakikat awak tak suka saya dah, saya boleh terima hakikat awak suka perempuan lain..
Saya tak halang awak, tapi tolonglah jangan menghukum saya macamni,
Sakit awak..
Setiap hari saya bangun tidur, pipi saya basah, saya rasa sebak,
Hati saya rasa berat, sungguh susah nak bernafas awak,
Saya simpan bait-bait kata awak dalam hati saya kerana kata-kata awaklah pengubat luka,
tapi rupa-rupanya kata-kata awak tu ibarat sembilu yang tajam menusuk jiwa,
makin hari makin parah..

Saya betul-betul rindukan awak,
Tapi saya betul-betul terkilan dengan cara awak,
Awak membunuh saya dalam diam, 8 tahun awak menghantui diri saya,
6 tahun awak menghukum saya,
sampai sekarang saya mencuba melupakan awak,
Kenapa perlu dikenang orang yang membenci kita?
Tapi saya tak dapat lepaskan diri saya daripada awak,
Macam saya cakap tadi awak ni trojan dalam hidup saya,
kesannya kerosakan saya tak dapat diperbaiki,
Saya hilang keyakinan untuk terima orang lain,
Saya hilang diri saya dalam diam...

Apa-apa pun terima kasih awak untuk hadiah yang sungguh membahagiakan saya,
Hadiah yang pastinya takkan dapat dilupai sampai mati,
Tapi yang penting awak, saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya awak memberi diri ini kasih dan sayang,
Andaikata saya banyak menyakitkan hati awak, maafkan saya,
Awak tak tau apa yang saya alami sejak bersama dengan awak?,
Semua luka, pahit maung saya telan sendiri,
Awak telah memberikan diri ini warna dikala hambar,
Walaupun saya sudah membuka buku baru, tapi percayalah buku awak, buku 1001 erti,
Saya belajar erti sebuah kehidupan, untuk saya meniti badai yang bakal ditempuhi...
Doa kudus saya sentiasa bersama awak, mudah-mudahan awak bahagia dunia akhirat..

nukilan erti sebuah kehidupan...
11.29pm =D

No comments:

Post a Comment