Malam hari yang sunyi, tanpa deringan muzik, tanpa heningan cengkerik mahupun cicak. Kipas di atas kepalaku terus dan terus berputar. Skrin laptop di hadapanku masih setia ditatap, ingin menaip butir-butir bicara yang berlegar di kepalaku. Mungkinkah? Mengapakah? Ish, apakah? Aku bingung dan keliru. Apa yang inginku sampaikan? Apa yang ingin ku perkatakan? Mengertikah mereka? Ishh.. Keluh-kesah setia menemaniku. Walaupun aku tahu memang berdosa mengeluh, tetapi apakan daya. aku manusia biasa yang punya perasaan kecewa.
Esok lusa pulang sudah ke Uni tetapi alangkah serabutnya. Kerja tutorku masih belambak, asignmentku masih belum di sentuh, presentationku habuk begitu, peperiksaan pula hanya minggu depan sahaja. Sudah bersediakah ku? Ahh.. Yang ini usah dipersoalkan. Aku pasti! Aku belum bersedia.
Raya memang raya, hebat! Aku menikmati setiap saat rayaku kerana setia disambut bersama keluarga. Walaupun rakan-rakan hanya selangkah jauhnya, tetapi biarlah rayaku ini khas untuk keluargaku sahaja. Memang keluarga senantiasa dekat di mata dan di rumah tetapi apa yang paling penting ialah dekat di hati. Mungkin bagiku kini, kebahagiaanku terletak bersama keluargaku. Aku tidak lagi merasa terisi bila bersama reakan-rakanku. Entah mengapa. Aku rasa semakin jauh daripada mereka. Mungkin buat masa ini, saat ini baiklah begitu. Biarku benyawa tanpa ikatan tetapi dengan kewajipan.
Hahaha.. Berkias-kias bukankah? Haha, aku suka. Harap maklum.
Matahari nyata tak lama lagi akan memberi salam, jadi aku mahu tidur acapkali.
Selamat tido kalian!^^
No comments:
Post a Comment